Johor Corporation (J-CORP) dulu dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1968 yang bertujuan membangun ekonomi Negeri Johor dan membangunkan ekonomi bangsa melayu. Johor Corporation di asaskan untuk memajukan usahawan dan orang melayu Negeri Johor khasnya selaras dengan Perlembagaan Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Jumaat, 15 April 2011
Johor Corporation (J-CORP) dulu dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1968 yang bertujuan membangun ekonomi Negeri Johor dan membangunkan ekonomi bangsa melayu. Johor Corporation di asaskan untuk memajukan usahawan dan orang melayu Negeri Johor khasnya selaras dengan Perlembagaan Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Dalam tahun 1976, Johor Corporation telah membeli (menguasai) Kulim (M) Bhd salah sebuah syarikat perbadanan yang terbesar di Negara kita (mempunyai 100,000 ekar tanah di Negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu amnya serta di luar Negara). Kulim (M) Bhd berkembang dan telah membeli QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd dan Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd, satu rangkaian franchise dalam bidang restoran dan penternakan. Johor Corportaion menanggung hutang yang besar berjumlah lebih daripada RM 6 billion yang sebahagiannya disebabkan pelaburannya yang rugi. Hutang ini bukannya hutang Kulim (M) Bhd. Dikhabarkan pihak Johor Corporation bercadang untuk menjual semua sahamnya dalam Kulim (M) Bhd kepada bukan bumiputera. Rancangan ini bukan sahaja bertentangan dengan Prinsip Penubuhan Johor Corporation (J-CORP) dan Prinsip Ekonomi Baru malah ianya juga amat jelas bertentangan dengan agenda melayu dan juga bertentangan sama sekali dengan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya mewakili penduduk Taman Cempaka Blk 13 Tampoi Johor bahru ingin memberitau dan meminta pertolongan dari pihak yang berkenaan man hole air tersumbat dan membuatkan tekanan air yang kuat terutama bila hujan lebat hingga ke tingkat 3 membuatkan rumah saya banjir kepada pihak mana saya harus adukan masallah ini TOLONG LAH WAHAI PIHAK YANG BERWAJIB !!
BalasPadam