Sabtu, 16 April 2011

Kronologi fer 2001



    Kronologi fer 2001


    - Tan Sri Mohd Ali Hasyim tidak lagi menjadi ketua J-corp yang telah memberitahu kepada masyarakat melalui media massa dimana saham j-corp 53% dalam Kulim (M) Berhad akan dijual kepada orang asing.
    - Feb 2001, semasa majlis perundingan melayu MPM dimana seorang wakil melayu johor telah bertanya kepada PM Malaysia “betulkah Kulim (M) Berhad akan dijual” yang amat berhormat PM malaysia memberitahu “Kulim (M) Berhad akan tidak dijual kepada sesiapa pun”
    - Pengerusi DPMM dan DPMMJ telah memberitahu media massa dimana YDPMNJ telah menyatakan hasrat untuk membeli saham J-Corp yang ada didalam Kulum (M) Berhad.
    - 74 NGO dinegeri johor telah membantah sekeras-kerasnya cadangan J-Corp untuk menjual sahamnya didalam Kulim (M) Berhad kepada orang asing. Mereka telah menyuarakan hasrat rakyat johor, “kalau hendak menjual saham J-Corp hendaklah dijual kepada orang melayu”.ini suara rakyat johor yang telah disampaikan didalam demotrasi aman “ SELAMATKAN HARTA DAN HAK RAKYAT JOHOR” yang telah berlangsung pada 1 april 2011 selepas solat jumaat dipekarangan Masjid An-Nur,Kotaraya,Johor Bahru.

Jumaat, 15 April 2011

Johor Corporation (J-CORP) dulu dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1968 yang bertujuan membangun ekonomi Negeri Johor dan membangunkan ekonomi bangsa melayu. Johor Corporation di asaskan untuk memajukan usahawan dan orang melayu Negeri Johor khasnya selaras dengan Perlembagaan Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Dalam tahun 1976, Johor Corporation telah membeli (menguasai) Kulim (M) Bhd salah sebuah syarikat perbadanan yang terbesar di Negara kita (mempunyai 100,000 ekar tanah di Negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu amnya serta di luar Negara). Kulim (M) Bhd berkembang dan telah membeli QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd dan Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd, satu rangkaian franchise dalam bidang restoran dan penternakan. Johor Corportaion menanggung hutang yang besar berjumlah lebih daripada RM 6 billion yang sebahagiannya disebabkan pelaburannya yang rugi. Hutang ini bukannya hutang Kulim (M) Bhd. Dikhabarkan pihak Johor Corporation bercadang untuk menjual semua sahamnya dalam Kulim (M) Bhd kepada bukan bumiputera. Rancangan ini bukan sahaja bertentangan dengan Prinsip Penubuhan Johor Corporation (J-CORP) dan Prinsip Ekonomi Baru malah ianya juga amat jelas bertentangan dengan agenda melayu dan juga bertentangan sama sekali dengan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.